Showdown 2012

Showdown 2012 merupakan musim ketiga dalam siri pertandingan tarian urban berkumpulan, Showdown yang diterbitkan oleh Primeworks Studio untuk disiarkan di 8TV mulai 4 April hingga 4 Julai 2012. Seperti musim lalu yang diadakan pada 2011, Hafiz Hatim menjadi pengacara dan Joe Flizzow dan Maple Loo menjadi barisan juri utama.Juara keseluruhan Showdown 2012 ialah Dem Lepak Boyz.